Khamis, 5 Mac 2009

WEDDING MAKEOVER...

Hello!!! kali ini Amy nak kongsi pulak beberapa wedding yang pernah Amy buat. Bukan apa, saja nak jadikan rujukan kepada korang yang nak kawin. Kalau suka nak dapatkan khidmat Amy, boleh contact Amy. Jangan malu dan segan... harga kita boleh bawak bincang hehe...






Wedding dalam gambar kat atas ni dah lama... tahun lepas, tapi Amy letak jugak kat sini sbb suka dengan suasana dan pengantinnya... majlis dibuat kat Hyatt Saujana Subang...

Gambar kat bawah ni pulak ialah majlis nikah Sue Akmar pada 23/12/2008 di Bukit Jelutong. Sue ni first time di solek Amy. Yang introduced Sue kat Amy ialah Ali, kawan Amy. Ali ngan Sue ni cousin. Semenjak dari majlis tu, Sue pulak dah angkat Amy jadi make-up artis tetap dia. Banyak jugak la majlis2 yang Sue pegi, Amy make-upkan dia.

Sue sebelum make-up...







yang gambar kat bawah ni pulak masa Amy make-up pengantin dekat Hotel Mutiara KL. ok la... problemnye ialah rambut coz pengantin berambut pendek ala-ala Misha Omar. tapi berjaya jugak la Amy "memanjangkan" rambut dia. Pesanan untuk bakal pengantin, kalau boleh... simpan la rambut panjang sikit untuk majlis tu, lagi nampak asli berambut sendiri... bukan rambut palsu tak cantik... tapi tak asli...





Yang terakhir ni adalah wedding paling latest yang Amy buat. 01 Mac 2009. Ini adalah antara makeover pengantin yang paling susah pernah Amy buat. masalah kulit pengantin dah peringkat kronik. Tapi Alhamdulillah Amy berjaya membuat pengantin kelihatan cantik berseri untuk majlisnya...



Jadi pada sesiapa yang berminat nak mengambil Amy sebagai jurusolek pada hari bersejarah mereka, boleh la menghubungi Amy di talian 012-2763600. Nak berapa kali make-up, nak buat kat mana, nak konsep macamana, semua kita boleh bincang... 

ok, sehingga dilain post... bye!!!!

1 comments: